Friday, 5 October 2012

Perhentian...

Telah jauh kaki ini berlari, menyusur jalan berliku, berhenti seketika tika lelah menguasai diri..
Berjalan, kemudian berhenti saat terlihat sinar cahaya yang disangka perhentian indah..
Namun, pondok indah itu hanya sekadar perhentian, pabila tersedar, aku harus terus berjalan, Mungkin berlari kembali..
Ingin sekali menoleh kebelakang, melihat kembali masa yang hilang..
Sesekali kaki tersadung, tidak sedar ada dahan yang menghalang laluan..
Aku terjatuh lagi.. Terluka..
Mengharapkan ada tangan yang menghulur..
Aku sedar lagi, kosong..
Dengan segala kekuatan yang cuba diraih, kugagahkan diri berdiri kembali..
Melangkah dengan perlahan, sehingga ada cahaya di perhentian seterusnya..
Ku berkira, bolehkah aku berhenti disitu?
Adakah ini perhentian yang sepatutnya?
Aku patut mencuba, namum ku tak daya..
Aku melepasinya...
Aku terus berjalan, sendirian..
Ada masanya terasa keseorangan...
Ada juga rasa kesepian...
Sedetik dua terlintas difikiran..
Berapa lama lagi harus aku berjalan? atau perlukah aku berlari?
Aku letih...
Ya, kaki ini sangat letih..
Kerna ada rasa ingin menoleh kembali..
Walau telah cuba memandang kedepan..
Aku berhenti.
Apa yang ada didepanku kini?
Kelam. Tiada sebarang tanda ada perhentian lagi.
Haruskah aku terus melangkah, atau cuba berpatah kembali?
Tiada daya lagi. Kini aku hanya terhenti.
Itulah tempatku kini.
Ya, aku tak daya melangkah lagi, juga tidak ingin mengundur kembali.
Yang kuharap ada yang kan singgah disini.
Mungkin lambat akan kunanti..
Walau aku tahu mungkin juga aku kan terus berseorangan disini.





Nukilan abadi,
-Nur-

Saturday, 1 September 2012

Hakikat, "Kau, aku..."

Kau, aku..
Aku tahu bukan mudah,
Dari mula aku mengelak,
Ya! Aku lemah..

Kau, aku..
Aku tahu akan terluka,
Bila hati sudah menerima,
Tapi! Aku rela..

Kau, aku..
Aku cuma manusia biasa,
Walau hanya difikiran saja, melepaskanmu,
Tidak! Aku tak rela..

Kau, aku..
Aku tahu kita berbeza,
Tiap saat aku tak lupa,
Sedih! Aku biarkan saja..

Kau, aku..
Aku sekadar bertanya,
Walau ku tahu jawapannya,
Hakikat! 
Ya! Aku tahu hakikat kita,
Dahulu.. Kini dan selamanya..
Cuma pabila kau menyatakannya,
Meskipun ayatmu tergantung, tiada akhirnya,
"Kau, aku....."
Tidak semena mutiara jernih membasahi muka,
Terhiris hati tidak dipastikan betapa bisanya,
Kerana,
Aku faham hakikat kisah kita..

 
Nukilan abadi,
-Nur-






Friday, 29 June 2012

Girl's Biggest Lie?

Sometimes people asked all sorts of cliche questions..
"Are u ok?"
"U alrite dear?"
"U ok or not?"

If the answer comes from a girl..
She will SMILE and said ..


That is her biggest lied!

She will said so, becoz she don't want people to keep on asking and demotivate her..
She will said so, becoz she want to give courage to others even she needs more sometimes.
She will said so, becoz sometimes people do not understand.
She will said so, becoz sometimes she's tired of something.
She will said so, becoz she don't want to blame others that she love.
She will said so, becoz she don't wanna let the one she love know the truth, that she's not ok becoz of that person..
She will said so, becoz so much love in herself.
She will said so, becoz she do not want to cry anymore.

The fact is that.. she is just a normal human being...